• Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Greatness of syawal


Celebrate Shawwal The Barakah!

It's beautiful co-deen of Islam, everything is full of mercy and blessings. Lots of love and best regards to all the readers Nona. Thank God, we thank God for extended life to track this Shawwal feet. Alhamdulillah. Almost a week of Ramadan passed, but momentum spirit perform good deeds in this month al-Mubarak should be continued. Rather it should be maintained throughout the year.

NSF imagine all the good deeds done during the last Ramadan. Waking up early to bertahajud, berqiamullail and dawn. Contemplation and prayer with humility and piety. Fasting with humility and simplicity. Bertadarus, read and mentadabur Karim Al-Quranul mass. Remembrance and every time bersitighfar ada.Jiwa-stroke like indulge with peace and tranquility that is very peaceful setting. ALMS, donate and berinfaq of that which dikurniaakan by God to us. We devise and distribute zakat and sadaqah obligatory us to faqir poor, those who are disabled and to our brothers and sisters who are in Palestine, Somalia and other musibah.Saat afflicted, the heart truly touched by evil and hardships of others. still wet in memory beriftor moments with family, friends, members and friends karyah colleague - It was a beautiful moment for us. That night, we turn on the mass taraweeh nights of Ramadan. all in, over and become memories. In fact, some are determined to further track the coming of Ramadan. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Slave Rabbani May all good practice, truth and done kesolehahan makes a fragrant fruit, ripe and juicy. Fruit that will put all our life journey. Pieces that will be presented in front of Allah, as proof of this we are His servants who expect really love, pleasure and His Paradise. Rabbani We are servants, not slaves Ramadhani. Every day, every week, every month and every year are the opportunities, the opportunities and spaces should be appreciated for self-improvement process. A believer it is always eager to boost himself, bringing himself to the Divine and not break character basis in practice. Himmah spirit soul and it always burn burning melonjakan self determination and commitment of all the incredible-a true Rabbani's slave! Bonus syawal Shawwal, there is something we have to chase hard sungguh.Bonus a craving for pleasure and forgiveness from Allah SWT. What about? Ever heard of fasting 6? Fasting six days in Shawwal. Biasakah you with this fast? Fasting 6 that exist only in this blessed month of Shawwal given to offer a reward from Allah. Special rewards. I would be equally inviting for our implementation. Diriyawatkan banked Abu Ayyub Al Ansari RA, that the Prophet SAW said: "Whoever fasts in Ramadan then escorted by six days of Shawwal, it is as if they had been fasting all the time (year) " Imagine, if our fasting month of Ramadan is complete and accepted by God and coupled with fasting six days of Shawwal is like fasting remuneration reward for a year!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AMALAN RUMAH TERBUKA


Ahmad Fauzan bin Yahaya
Bila syawal menjelma, rata-rata kalangan kita tidak ketinggalan untuk mengadakan ‘RUMAH TERBUKA’ bagi menjemput kaum keluarga, sahabat handai, jiran, rakan sekerja dan rakan dan taulan. Mungkin ramai di antara kita yang tertanya, dari manakah asalnya adat rumah terbuka ini? Kita pasti akan mengatakan bahawa amalan rumah terbuka ini merupakan amalan yang telah lama diperkenalkan dan diamalkan sejak turun temurun lagi. Untuk apa? Sudah semestinya niatnya adalah baik. Untuk memberi makan kepada insan dalam masa yang sama merapatkan ukhuwwah sesama insan.
Mengapa ianya timbul?
Adat rumah terbuka ini timbul kerana kepelbagaian budaya yang telah lama wujud di Malaysia. Secara sejarahnya, amalan rumah terbuka ini sebenarnya tidak dianjurkan secara khusus oleh Rasulullah SAW dan juga salaf soleh. Ini bukan bermaksud bahawa ianya dilarang dan tidak dibenarkan kita untuk menganjurkannya. Malah, sebagaimana yang kita tahu, bahawa terdapat kaedah usul-fiqh yang mengatakan bahawa “ asal hukum setiap sesuatu atau adat adalah harus, sehinggalah datangnya dalil mengharamkannya”.Ia berlainan dengan kaedah dalam bab Ibadah iaitu “asal hukum Ibadah itu adalah haram, sehinggalah ada dalil yang membenarkannya.” Ini antara kaedah yang masyhur dalam kita menilai sesuatu adat-adat yang rata-rata diamalkan di negara kita ini samada ia berketepatan dengan Sunnah ataupun tidak.
Jika ianya bercanggah, maka ianya harus ditentang dan disanggah dengan baik dan penuh berhikmah. Sebagai contoh, amalan menanam uri selepas bersalinnya isteri, wujud adat dan kepercayaan, digalakkan menyalakan lilin, meletak sesuatu objek atau benda ketika menanam uri dengan alasan si bayi tadi akan menjadi terang hati dan pandai, cerdik jika dinyalakan dgn lilin dan diletak dalam tanah pada uri yang ditanam itu buku, pensel dan sebagainya. Ini suatu kepercayaan yang tiada asas yang boleh mengundang syirik.
Adapun amalan rumah terbuka ini merupakan amalan atau adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Malah ia hanya merupakan istilah dan terminologi yang sinonim dengan masyarakat Melayu Islam kita di Malaysia. Malah amalan ini juga diamalkan oleh masyarakat Cina dan India dalam perayaan mereka. Rumah terbuka yang selalunya dipraktikkan di kalangan masyarakat Islam kita di Malaysia ialah lebih bersifat sebagai ‘semangat’ Hari Raya.
Jika diambil kira dari sudut ukhwah islamiyyah, semestinya rumah orang Islam hendaklah sentiasa ‘terbuka’ dan sedia menerima tetamu jika masa diizinkan. Kerana harus diingat, di dalam surah Al-Nur ayat 27, Allah mengingatkan kita agar meminta izin dari empunya tuan rumah sebelum masuk atau bertandang ke rumah mereka. Firman Allah: “Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesebuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rumah tersebut yang demikian itu adalah lebih baik semoga kamu dapat mengambil peringatan.” (Surah Al-Nur: 27)
Jika ayat itu dihalusi dengan baik, maka dapatlah kita fahami, bahawa agama kita mempunyai suatu prinsip dan peraturan dalam bab ziarah dan berkunjung sesama kita. Oleh itu, rumah terbuka ini lebih bersifat suatu kesediaan tuan rumah dalam membuat persiapan dengan lebih rapi, dari segi bajetnya, tetamunya, makanannya dan pemilihan harinya dek kerana kesibukan bekerja dan keperluan tuan rumah juga untuk membahagikan masa ziarah beliau untuk berkunjung ke rumah yang lain.
Malah jelas, amalan memberi makan ini selari dengan firman-firman Allah dalam bersedekah dan memberi makan kepada orang lain. Di dalam surah Ali-Imran ayat 92: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
Dan begitu juga dalam surah al-Isra’, Allah menyebut: “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros.” ( al-Isra’: 26)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GANJARAN ORANG - ORANG YANG BERIMAN

Kategori : AKIDAH TauhidIman
Tajuk :
Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."

Abu ad-Dardaa' r.a


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS